Bertemu lagi kita dalam segmen cakap-cakap kali ini. Kali ini aku nak berkongsi pendapat atau berbincang dengan sesiapa sahaja tentang masalah yang sering bermain di dalam pemikiran ini.
Masalahnya tentang lesen yang kita miliki. Pada dasarnya kita memiliki lesen untuk menunggang atau memandu kenderaan di atas jalanraya. Tetapi apa yang dimuskilkan ialah tentang lesen itu sendiri.
Masalahnya begini, ada dua orang si A dan si B mengambil ujian bertulis untuk mendapatkan lesen Belajar Memandu atau dipanggil lesen L dan kedua - duanya lulus serta memperolehi lesen tersebut. Si A mempunyai pendapatan yang lebih untuk dia mengambil lesen memandu kenderaan iaitu lesen kereta kelas D dengan lulusnya. Dia dibenarkan untuk memandu kereta di atas jalanraya tetapi dia tidak boleh menunggang motorsikal.
Masalah yang berikutnya ialah tentang si B yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih dan hanya sekadar lulus lesen L sahaja tetapi dia boleh menunggang motorsikal dengan syarat menggantungkan pelekat L dan menunggang kenderaan tersebut berseorangan serta tidak boleh membawa penumpang lain.
Persoalannya sekarang, mengapa si A tidak boleh menunggang motorsikal dengan menggunakan lesen kelas D sedangkan dia telah lulus dengan layaknya untuk menjadi pengguna jalanraya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ). Tetapi si B pula boleh menunggang motorsikal di atas jalanraya hanya dengan menggunakan lesen L sahaja. Siapakah yang mengesahkan si B boleh menunggang motorsikal dengan betul di atas jalanraya?
Adakah kerana di Malaysia, ramai rakyatnya boleh menunggang motorsikal, maka sesiapa yang ada lesen L boleh menunggang kenderaan tersebut di atas jalanraya?
Jadi kepada sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah saya ini, silalah memberikan jawapan atau perkongsian di blog ini atau email di zackmissak79@yahoo.com atau zackmissak79@gmail.com atau di facebook AzharHjKassim Sarip,
Salam.................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan