Assalamualaikum,
Bertemu lagi kita dalam perjalanan hidup seharian ini. sebenarnya aku dah lama sibuk menguruskan tapak semaian kecil dan besar tempat aku kerja. bermula dari bulan lima sampailah sekarang ni. tapi dalam meniti hari - hari yang mendatang banyak perkara yang aku temui.
Diantaranya tentang sikap orang melayu yang memang mudah lupa akan nikmat yang mereka dapat. Mereka senentiasa menyalahkan orang lain demi kesenangan yang mereka ingin kecapi. bayangkanlah nak bayar RM 1 untuk kos rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Kerajaan pun susah. Semuanya nak FREE jer.
Diaorang lupa ke, rokok yang diaorang beli tu pun dah banyak ruginya. Sepatutnya orang melayu sekarang kena bersatu untuk sama - samalah membangunkan kualiti hidup orang melayu dan bukan nak marah sana sini.
Jadi fikir - fikirkanlah tentang keadaannya.
Salam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan