Selasa, 21 Disember 2010

GULA DAN MINYAK PETROL!!!

BANDAR SERI JEMPOL!!!

Assalamualaikum,

Kenaikan harga gula dan petrol memang banyak menimbulkan kemaran banyak pihak. Jika lihat dari segi positif kita akan dapat lihat tentang keprihatinan kerajaan untuk mengekang pelbagai masalah.

Jika kita lihat, masalah penyakit Diabetis kian menular di dalam negara kita. Oleh itu, kerajaan mengambil satu tindakan yang bagus untuk mengurangkan masalah itu dengan menaikkan harga gula. Bila harga gula dinaikkan, maka harapan kerajaan agar rakyat Malaysia akan mengurangkan penggunaan gula kerana harga yang dikenakan agak mahal berbanding dahulu. Jadi secara tidak langsung ia akan mengurangkan masalah penyakit diabetis yang kian menular ini.

Satu aspek lain pula, iaitu tentang kenaikan harga petrol. Seperti yang sedia maklum, keadan ekonomi kita ini tidak berapa cantik. Oleh itu, kerajaan sekali lagi mengambil satu tindakan yang derastik untuk mengurangkan perbelanjaan rakyatnya. Dengan kenaikkan harga minyak ini maka rakyat Malaysia perlu berjimat dalam penggunaan minyak dan perlu berkongsi kereta atau menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama aktiviti harian.

Oleh itu, apabila kita menggunakan pengangkutan awam, kita mesti mengikut peraturan yang betul. Jangan main hentam sahaja. Apa yang perlu diubah ialah tentang sistem yang sering diperaktikkan. Sepatutnya orang awam perlu beratur dan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan. Tetapi jika kita lihat, waktu naik bas mesti atau LRT atau Komuter mesti berebut - rebut. Tak boleh ke kita beratur ketika menaiki kenderaan awam tersebut. Kita menuju negara maju tetapi pemikiran orang kita masih lama lagi. Macam zaman Dinasor.

Renungkanlah wahai Rakyat Malaysia sekalian...

MELAMPAU!!!

FELDA RAJA ALIAS 2

Assalamualaikum,

Bertemu lagi kita dalam perjalanan hidup seharian ini. sebenarnya aku dah lama sibuk menguruskan tapak semaian kecil dan besar tempat aku kerja. bermula dari bulan lima sampailah sekarang ni. tapi dalam meniti hari - hari yang mendatang banyak perkara yang aku temui.

Diantaranya tentang sikap orang melayu yang memang mudah lupa akan nikmat yang mereka dapat. Mereka senentiasa menyalahkan orang lain demi kesenangan yang mereka ingin kecapi. bayangkanlah nak bayar RM 1 untuk kos rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Kerajaan pun susah. Semuanya nak FREE jer.

Diaorang lupa ke, rokok yang diaorang beli tu pun dah banyak ruginya. Sepatutnya orang melayu sekarang kena bersatu untuk sama - samalah membangunkan kualiti hidup orang melayu dan bukan nak marah sana sini.

Jadi fikir - fikirkanlah tentang keadaannya.

Salam...