Rabu, 1 Ogos 2012

BICARA RAMADHAN

Assalamualaikum...

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia kepada semua umat Islam yang berada di dalam dunia. Lama kita tidak berbicara kerana kali terakhir saya berbicara pada tahun lepas iaitu tahun 2011. Apa yang hendak saya coretkan hari ini ialah tentang dosa pahala dan balasan demi apa yang kita buat.

Saya lihat pada diri sendiri. Khususnya pada bulan Ramadhan ini. Banyak betul dugaan dan cabaran untuk menguji kesabaran serta kekuatan iman yang ada sedikit dalam diri ini. Apa yang saya faham bahawa apabila kita berbuat baik dengan membantu meringankan kerja atau apa jua bebanan yang ditanggung oleh orang lain maka kita akan dibalas dengan kebaikan juga.

Tapi malangnya ia berlaku sebaliknya. Cemuhan dan memek muka yang kurang menyenangkan hati. Untuk menyejukkan hati ini saya hanya ingat padaNya dan akur akan ujianNya. Ini disebabkan setiap ujian yang kita peroleh di bulan Ramadhan dan kita hadapinya dengan tenang. Maka ganjaran yang Allah berikan amatlah besar. Jika kita hadapinya dengan cara yang sebaliknya maka kita tergolong bersama sama orang yang rugi.

Kepada mereka yang telah berkahwin atau berumahtangga lagi perlu berhati hati. Dugaan yang datang memanglah banyak. Kepada para suami, kita perlu banyak bersabar kerana kita adalah nakhoda yang menentukan arahtuju keluarga kita. Jika kita pandai melayarinya pasti kita akan sampai di tepian dengan sempurna.

Tidak lupa juga para isteri. Golongan ini adalah golongan yang mudah masuk syurga dan mudah juga masuk neraka. Apa tidaknya, jika seseorang isteri itu taat perintah Allah, Sembahyang lima waktu, Puasa di bulan Ramadhan dan patuh akan perintah suami sahaja sudah melayakkan mereka masuk syurga tetapi jika sebaliknya sudah tentu masuk neraka.

Allah meletakkan darjat seorang suami ini amat tinggi sehingga Allah berfirman " Sesungguhnya jika ada benda lain yang boleh disembah nescaya aku akan suruh kamu sembah akan suamimu". Sekiranya membelakangkan suami ketika tidur sedangkan si suami tidak meredhainya maka Allah dan seluruh malaikat akan terus melaknatnya sehingga dia bangun tidur.

Selain itu, akan berdosa si isteri itu jika dia bermasam muka dengan suaminya selagi dia tidak memberikan senyuman yang ikhlas dari hatinya dan dengan penuh kasih sayang. Cuba kita renungkan apakah hukumnya jika si isteri memaki hamun si suami. Di manakah letaknya darjat si suami.

cuba kita renung renungkan.

Khamis, 9 Jun 2011

SUFMA 2011

Alson Kelana Resort, Seremban.

assalamualaikum,

Apa yang hendak diceritakan pada kali ini adalah berkisar tentang Sukan Felda Malaysia 2011. Sukan yang bermula sejak 8hb jun 2011 dan akan berakhir pada 11hb jun 2011. Banyak perkara yang berlaku sepanjang kejohanan ini.

Dalam keadaan kesibukan kerja seharian yang tidak pernah habis-habis tetapi dapat juga diberikan keizinan olehNya akan kesempatan untuk berehat seketika daripada memikirkan tentang masalah kerja.

Walaupun apa yang pasti, apabila balik nanti kesibukan kerja seharian akan diteruskan kembali. Tetapi kali ini, sepanjang empat hari berada di Seremban ianya bagaikan satu mimpi. Mana tidaknya, selalu berada di kawasan tempat kerja tetapi kali ini ianya jauh dari kesibukan tentang kerja.

Ada yang datang dari utara tanahair dan ada juga yang datang dari Selatan serta tidak lupa juga dari timur dan baratnya. semuanya berkumpul satu daerah di sini. Bertemu dengan rakan lama, sahabat lama, pegawai lama, bos lama dan ada juga yang bertemu dengan kekasih lama.

Walaupun semua ada di satu tempat, kadang - kala ada yang tidak dapat bertemu juga dengan mana-mana individu yang ingin ditemui. Ada juga yang menjadikan acara tahunan ini sebagai tapak permulaan bagi langkah untuk maju kehadapan. Tidak lupa juga yang menjadikan acara tahunan ini sebagai tapak untuk menghancurkan.

"Tepuk dada tanya selera", itulah ungkapan yang sebenarnya ada dalam setiap orang yang ada dikejohanan ini. Apa yang diharapkan agar acara yang menjadi perkara wajib dalam kelendar tahunan ini akan terpahat sesuatu yang tidak dapat dilupakan sehingga akhir hayat.

Mungkin ianya menjadi satu pengalaman yang berguna dan boleh digunakan sehingga akhir hayat. oleh itu, jadikanlah setiap apa yang berlaku di kejohanan ini satu pengalaman dan pengajaran yang boleh dan akan diperbaiki di masa hadapan serta adakalanya juga ianya boleh dijadikan panduan yang berguna sehingga akhir hayat.

sekian wassalam...

Ahad, 1 Mei 2011

CUTI - CUTI MALAYSIA...

Assalamualaikum,

Kepada semua yang sedang atau merancang percutian.

Pastikan percutian yang anda inginkan menepati citarasa yang diperlukan. Jangan sesekali mengambil sebarang risiko akan percutian anda.

Percutian yang baik memerlukan perancangan yang begitu rapi bagi memastikan ianya berbaloi. Setiap wang atau belanja yang dkeluarkan mesti menepati baget yang kita ada dan jangan sampai ianya mengganggu gugat baget perbelanjaan bulanan kita.

Apapun pastikan kita mengikut kata pepatah melayu " ukur baju badan sendiri " Kalu kita ukur pada badan orang lain maka berlebih jadinya baju itu.

Jadi rancanglah percutian anda mengikut baget yang ada dan jangan jadikannya sebagai mimpi ngeri sepanjang percutian anda.


wassalam...

Isnin, 18 April 2011

Air...Air...Air...

Assalamualaikum,

Kepada semua pembaca blogs. Hari ini aku nak meluahkan perasaan tentang masalah yang sering berlaku di tempat tinggal aku.

Apa yang memeningkan kepala sekarang ini ialah masalah bekalan air yang sentiasa terputus. Untuk makluman semua, sehingga hari ini sudah tiga hari bekaln air terputus dan yang lebih menyakitkan hati ialah gangguan bekalan air tersebut tidak dimaklumkan oleh syarikat air yang menguruskannya.

Bekalan air yang dihantar melalui lori-lori tidak dihantar sepenuhnyake seluruh kawasan sekitar. Hanya rumah-rumah yang berada di tepi jalan besar sahaja dihantar air tetapi bagi rumah - rumah yang berada di bahagian dalam sedikit tidak dihantar bekalan air tersebut.

Sepatutnya pihak Syarikat Air Negeri Sembilan ( SAINS ) berjumpa dengan pihak pengurusan kawasan tersebut untuk mendapatkan peta kawasan bagi memudahkan untuk urusan penghantaran air dan tiadalah masalah yang akan timbul.

aku pun tak tahulah sampai bila masalah bekalan air ini akan selesai. Sehingga kini sudah empat tahun aku tinggal di sini dan empat tahun tersebutlah aku dan penduduk di sini sering mengalami gangguan bekalan air. Ianya bagai tiada kesudahan dan tiada titik noktah. Pihak pengurusan SAINS bagaikan tidak ambil peduli dengan masalah ini. Ini disebabkan bekalan air tersebut hanya terputus di kawasan FELDA sahaja. Taman-taman yang berada diluar kawasan FELDA tidak mengalami gangguan bekalan air.

Persoalannya sekarang, mengapa perkara ini sering berlaku dan mengapa tiada satu tindakan atau jalan penyelesaian dilakukan untuk mengatasi masalah ini? Ini kerana selama empat tahun aku tinggal di sini dan selama itulah masalah bekalan air sering berlaku. Hairan betul aku dengan masalah ini. Bil air tiap- tiap bulan hantar dan tiap-tiap bulan kene bayar tetapi bekalan air bukan sentiasa ada. Dalam masa seminggu mesti ada dua hingga 3 hari bekalan air terputus. Tiada pula diskaun bagi kawasan mereka yang sering mengalami gangguan bekalan air.

Bila kita tak bayar bil air maka datanglah orang yang bertanggungjawab untuk memotong bekalan tersebut tetapi adakah pihak SAINS bayangkan apakah perasaan bagi orang yang sentiasa bayar bil air tetapi tidak dapat bekalan air dengan sempurna.

Tolonglah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Isnin, 28 Mac 2011

Lesen?

Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita dalam segmen cakap-cakap kali ini. Kali ini aku nak berkongsi pendapat atau berbincang dengan sesiapa sahaja tentang masalah yang sering bermain di dalam pemikiran ini.

Masalahnya tentang lesen yang kita miliki. Pada dasarnya kita memiliki lesen untuk menunggang atau memandu kenderaan di atas jalanraya. Tetapi apa yang dimuskilkan ialah tentang lesen itu sendiri.

Masalahnya begini, ada dua orang si A dan si B mengambil ujian bertulis untuk mendapatkan lesen Belajar Memandu atau dipanggil lesen L dan kedua - duanya lulus serta memperolehi lesen tersebut. Si A mempunyai pendapatan yang lebih untuk dia mengambil lesen memandu kenderaan iaitu lesen kereta kelas D dengan lulusnya. Dia dibenarkan untuk memandu kereta di atas jalanraya tetapi dia tidak boleh menunggang motorsikal.

Masalah yang berikutnya ialah tentang si B yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih dan hanya sekadar lulus lesen L sahaja tetapi dia boleh menunggang motorsikal dengan syarat menggantungkan pelekat L dan menunggang kenderaan tersebut berseorangan serta tidak boleh membawa penumpang lain.

Persoalannya sekarang, mengapa si A tidak boleh menunggang motorsikal dengan menggunakan lesen kelas D sedangkan dia telah lulus dengan layaknya untuk menjadi pengguna jalanraya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ). Tetapi si B pula boleh menunggang motorsikal di atas jalanraya hanya dengan menggunakan lesen L sahaja. Siapakah yang mengesahkan si B boleh menunggang motorsikal dengan betul di atas jalanraya?

Adakah kerana di Malaysia, ramai rakyatnya boleh menunggang motorsikal, maka sesiapa yang ada lesen L boleh menunggang kenderaan tersebut di atas jalanraya?

Jadi kepada sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah saya ini, silalah memberikan jawapan atau perkongsian di blog ini atau email di zackmissak79@yahoo.com atau zackmissak79@gmail.com atau di facebook AzharHjKassim Sarip,

Salam.................

Lesen?

Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita dalam segmen cakap-cakap kali ini. Kali ini aku nak berkongsi pendapat atau berbincang dengan sesiapa sahaja tentang masalah yang sering bermain di dalam pemikiran ini.

Masalahnya tentang lesen yang kita miliki. Pada dasarnya kita memiliki lesen untuk menunggang atau memandu kenderaan di atas jalanraya. Tetapi apa yang dimuskilkan ialah tentang lesen itu sendiri.

Masalahnya begini, ada dua orang si A dan si B mengambil ujian bertulis untuk mendapatkan lesen Belajar Memandu atau dipanggil lesen L dan kedua - duanya lulus serta memperolehi lesen tersebut. Si A mempunyai pendapatan yang lebih untuk dia mengambil lesen memandu kenderaan iaitu lesen kereta kelas D dengan lulusnya. Dia dibenarkan untuk memandu kereta di atas jalanraya tetapi dia tidak boleh menunggang motorsikal.

Masalah yang berikutnya ialah tentang si B yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih dan hanya sekadar lulus lesen L sahaja tetapi dia boleh menunggang motorsikal dengan syarat menggantungkan pelekat L dan menunggang kenderaan tersebut berseorangan serta tidak boleh membawa penumpang lain.

Persoalannya sekarang, mengapa si A tidak boleh menunggang motorsikal dengan menggunakan lesen kelas D sedangkan dia telah lulus dengan layaknya untuk menjadi pengguna jalanraya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ). Tetapi si B pula boleh menunggang motorsikal di atas jalanraya hanya dengan menggunakan lesen L sahaja. Siapakah yang mengesahkan si B boleh menunggang motorsikal dengan betul di atas jalanraya?

Adakah kerana di Malaysia, ramai rakyatnya boleh menunggang motorsikal, maka sesiapa yang ada lesen L boleh menunggang kenderaan tersebut di atas jalanraya?

Jadi kepada sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah saya ini, silalah memberikan jawapan atau perkongsian di blog ini atau email di zackmissak79@yahoo.com atau zackmissak79@gmail.com atau di facebook AzharHjKassim Sarip,

Salam.................

Rabu, 16 Februari 2011

IMPAK MAKSIMA!!!!!!

Assalamualaikum,

Aku hampir 32tahun sekarang dan hampir itu juga aku jadi warga Felda. Keluarga aku bermula di Felda tetapi apa yang memeningkan ialah sungutan dan tuduhan yang bukan-bukan terhadap Felda.

Aku yang telah lama hidup dalam suasana Feldapun tak pernah membuat tuduhan pelbagai. Bukannya takut dan malas tetapi aku sebenarnya rasa bersyukur tehadapNya kerana jka tiada Felda mungkin sekarang aku masih tinggal di kampung yang masih banyak kekurangan serta mungkin sekarang aku sedang berkongsi rumah bersama saudara - mara yang lain di dalam satu rumah atau di dalam satu tanah yang tak sebesar mana.

Sebenarnya mana-mana individu yang memberikan tomahan terhadap Felda adalah orang yang tak tahu bersyukur akan nikmat yang tuhan beri. Tamak dengan rezeki yang ada. Tetapi apa yang peliknya mereka selalu mengatakan tentang keburukan dan pelbagai kesalan Felda tetapi mereka tidak pula sanggup kemas barang dan keluar daripada Felda. Tinggalkan apa yang telah diberikan oleh kerajaan melalui Felda kepada mereka.

Ada yang terikut-ikut dan ada pula yang memang tak sedarkan diri. Mungkin jika Felda tidak mengambil mereka atau bapa mereka dahulu menyertai Felda mungkin mereka akan merempat juga di kampung masing - masing. Sebenarnya ramai lagi orang yang berada di luar sana berebut rebut jika masih lagi ada kekosongan untuk masuk kedalam Felda.

jadi kepada yang makan cili minumlah air banyak - banyak dan yang tak rasa pedas tu janganlah makan cili banyak - banyak sebab boleh kene buasir pula nanti.

sekian renungkanlah.