Rabu, 1 Ogos 2012

BICARA RAMADHAN

Assalamualaikum...

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia kepada semua umat Islam yang berada di dalam dunia. Lama kita tidak berbicara kerana kali terakhir saya berbicara pada tahun lepas iaitu tahun 2011. Apa yang hendak saya coretkan hari ini ialah tentang dosa pahala dan balasan demi apa yang kita buat.

Saya lihat pada diri sendiri. Khususnya pada bulan Ramadhan ini. Banyak betul dugaan dan cabaran untuk menguji kesabaran serta kekuatan iman yang ada sedikit dalam diri ini. Apa yang saya faham bahawa apabila kita berbuat baik dengan membantu meringankan kerja atau apa jua bebanan yang ditanggung oleh orang lain maka kita akan dibalas dengan kebaikan juga.

Tapi malangnya ia berlaku sebaliknya. Cemuhan dan memek muka yang kurang menyenangkan hati. Untuk menyejukkan hati ini saya hanya ingat padaNya dan akur akan ujianNya. Ini disebabkan setiap ujian yang kita peroleh di bulan Ramadhan dan kita hadapinya dengan tenang. Maka ganjaran yang Allah berikan amatlah besar. Jika kita hadapinya dengan cara yang sebaliknya maka kita tergolong bersama sama orang yang rugi.

Kepada mereka yang telah berkahwin atau berumahtangga lagi perlu berhati hati. Dugaan yang datang memanglah banyak. Kepada para suami, kita perlu banyak bersabar kerana kita adalah nakhoda yang menentukan arahtuju keluarga kita. Jika kita pandai melayarinya pasti kita akan sampai di tepian dengan sempurna.

Tidak lupa juga para isteri. Golongan ini adalah golongan yang mudah masuk syurga dan mudah juga masuk neraka. Apa tidaknya, jika seseorang isteri itu taat perintah Allah, Sembahyang lima waktu, Puasa di bulan Ramadhan dan patuh akan perintah suami sahaja sudah melayakkan mereka masuk syurga tetapi jika sebaliknya sudah tentu masuk neraka.

Allah meletakkan darjat seorang suami ini amat tinggi sehingga Allah berfirman " Sesungguhnya jika ada benda lain yang boleh disembah nescaya aku akan suruh kamu sembah akan suamimu". Sekiranya membelakangkan suami ketika tidur sedangkan si suami tidak meredhainya maka Allah dan seluruh malaikat akan terus melaknatnya sehingga dia bangun tidur.

Selain itu, akan berdosa si isteri itu jika dia bermasam muka dengan suaminya selagi dia tidak memberikan senyuman yang ikhlas dari hatinya dan dengan penuh kasih sayang. Cuba kita renungkan apakah hukumnya jika si isteri memaki hamun si suami. Di manakah letaknya darjat si suami.

cuba kita renung renungkan.