Kepada semua pembaca blogs. Hari ini aku nak meluahkan perasaan tentang masalah yang sering berlaku di tempat tinggal aku.
Apa yang memeningkan kepala sekarang ini ialah masalah bekalan air yang sentiasa terputus. Untuk makluman semua, sehingga hari ini sudah tiga hari bekaln air terputus dan yang lebih menyakitkan hati ialah gangguan bekalan air tersebut tidak dimaklumkan oleh syarikat air yang menguruskannya.
Bekalan air yang dihantar melalui lori-lori tidak dihantar sepenuhnyake seluruh kawasan sekitar. Hanya rumah-rumah yang berada di tepi jalan besar sahaja dihantar air tetapi bagi rumah - rumah yang berada di bahagian dalam sedikit tidak dihantar bekalan air tersebut.
Sepatutnya pihak Syarikat Air Negeri Sembilan ( SAINS ) berjumpa dengan pihak pengurusan kawasan tersebut untuk mendapatkan peta kawasan bagi memudahkan untuk urusan penghantaran air dan tiadalah masalah yang akan timbul.
aku pun tak tahulah sampai bila masalah bekalan air ini akan selesai. Sehingga kini sudah empat tahun aku tinggal di sini dan empat tahun tersebutlah aku dan penduduk di sini sering mengalami gangguan bekalan air. Ianya bagai tiada kesudahan dan tiada titik noktah. Pihak pengurusan SAINS bagaikan tidak ambil peduli dengan masalah ini. Ini disebabkan bekalan air tersebut hanya terputus di kawasan FELDA sahaja. Taman-taman yang berada diluar kawasan FELDA tidak mengalami gangguan bekalan air.
Persoalannya sekarang, mengapa perkara ini sering berlaku dan mengapa tiada satu tindakan atau jalan penyelesaian dilakukan untuk mengatasi masalah ini? Ini kerana selama empat tahun aku tinggal di sini dan selama itulah masalah bekalan air sering berlaku. Hairan betul aku dengan masalah ini. Bil air tiap- tiap bulan hantar dan tiap-tiap bulan kene bayar tetapi bekalan air bukan sentiasa ada. Dalam masa seminggu mesti ada dua hingga 3 hari bekalan air terputus. Tiada pula diskaun bagi kawasan mereka yang sering mengalami gangguan bekalan air.
Bila kita tak bayar bil air maka datanglah orang yang bertanggungjawab untuk memotong bekalan tersebut tetapi adakah pihak SAINS bayangkan apakah perasaan bagi orang yang sentiasa bayar bil air tetapi tidak dapat bekalan air dengan sempurna.
Tolonglah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!