Rabu, 1 Julai 2009

FELDA KINI !!!!!

Felda merupakan satu agensi kerajaan yang membantu masyarakat khususnya bangsa melayu yang dahulunya bangsa melayu ini datangnya daripada golongan yang susah. Tetapi kini setelah lebih 50 tahun Felda membantu bangsa melayu yang datangnya dari golongan susah telah berpaling tadah seperti 'kacang lupakan kulit'.

Apa yang dihairankan ialah ke manakah hilangnya sikap bersyukur dan berterima kasih serta bangsa yang mengamalkan sikap sopan santun juga mempunyai peradaban yang tinggi. Kini boleh dikatakan hampir separuh daripada bangsa melayu yang beragama Islam telah menentang Felda yang selama ini telah membantu mereka untuk merubah taraf kehidupan masing - masing.

"wahai bangsa melayu yang beruntung! Sedarlah kamu dan bersyukurlah kamu dengan apa yang telah ditentukan tuhan. Ingatlah tentang asal usulmu yang sebelum ini hidup dalam serba kekurangan. "

Cuba kita bayangkan sekiranya kerajaan tidak mewujudkan Felda? Kemanakah arahnya bangsa melayu yang susah ini? Adakah mereka berada dalam keadaan sekarang atau masih lagi seperti dulu yang tidak mempunyai apa-apa?

Renung - renungkanlah!!!!!!!!