Khamis, 26 November 2009

KORBAN!

Palong Timur 2

Assalamualaikum,

Salam Satu Malaysia,

Pengertian korban banyak yang boleh diceritakan. Pengorbanan yang dilakukan oleh kita amatlah bermakna di sisi Nya. Kadang kala kita tidak sedar dengan apa yang kita lakukan. Sememangnya kita sebagai manusia hendaklah membantu diantara satu dengan yang lain. Setiap bantuan yang kita berikan adalah satu pengorbanan terhadap diri kita. Tidak semestinya semua pengorbanan yang kita lakukan menggunakan duit atau harta benda tetapi setiap pertolongan kita kepada setiap manusia atau haiwan adalah satu pengorbanan juga.

Renung - renungkanlah !!!!!!!!!!!

Selasa, 29 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

Terminal one,

Salam kepada semua,

Ucapan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali diri saya ini, tak kira daripada mana anda.

Apa yang pentingnya dalam bulan yang mulia ini kita rapatkan talian silaturrahim antara kita!

Arios

Rabu, 26 Ogos 2009

Masalah Remaja Siapa Yang Patut Disalahkan?

Bandar Seri Jempol

Assalamualaikum,

Kepada warganegara yang dihormati,

adakan kita sedar samada keadaan negara kita sekarang semakin meruncing dengan masalah remaja yang semakin terbiar?

Jumaat, 21 Ogos 2009

RAMADHAN

Palong Timur 0:03

Assalamualaikum,

Kepada semua umat islam yang menyambutnya, saya mengucapkan Seelamat Menyambut Ramadhan.

Rabu, 1 Julai 2009

FELDA KINI !!!!!

Felda merupakan satu agensi kerajaan yang membantu masyarakat khususnya bangsa melayu yang dahulunya bangsa melayu ini datangnya daripada golongan yang susah. Tetapi kini setelah lebih 50 tahun Felda membantu bangsa melayu yang datangnya dari golongan susah telah berpaling tadah seperti 'kacang lupakan kulit'.

Apa yang dihairankan ialah ke manakah hilangnya sikap bersyukur dan berterima kasih serta bangsa yang mengamalkan sikap sopan santun juga mempunyai peradaban yang tinggi. Kini boleh dikatakan hampir separuh daripada bangsa melayu yang beragama Islam telah menentang Felda yang selama ini telah membantu mereka untuk merubah taraf kehidupan masing - masing.

"wahai bangsa melayu yang beruntung! Sedarlah kamu dan bersyukurlah kamu dengan apa yang telah ditentukan tuhan. Ingatlah tentang asal usulmu yang sebelum ini hidup dalam serba kekurangan. "

Cuba kita bayangkan sekiranya kerajaan tidak mewujudkan Felda? Kemanakah arahnya bangsa melayu yang susah ini? Adakah mereka berada dalam keadaan sekarang atau masih lagi seperti dulu yang tidak mempunyai apa-apa?

Renung - renungkanlah!!!!!!!!

Rabu, 13 Mei 2009

Bismillahi Rahmani Rahim.


13 Mei 2009, 23:50, Teratak Bourgain Villa.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah akhirnya terbuka pintu hati ini untuk membina satu blog khas untuk Persatuan, Kelab dan pelbagai lagi untuk dikongsi bersama. Ini adalah untuk permulaan sebelum membina Laman Web Persendirian. Insyaalah. :)

Blog ini juga adalah untuk Saga Iswara Club (SIC), kawasan Jempol. Saya akan memuatkan gambar dan cerita-cerita di sebalik SIC dan pelbagai lagi yang menarik akan dimasukkan ke dalam blog ini.